Thursday, July 29, 2010

SINERGI YANG BERKESAN

Dipetik dari blog karangan Tuan Hj Ismail Hj Ahmad




Seseorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti darah tinggi diberikan Vitex,Kencing Manis diberikan Plantisol dll(mengikut sakit yang dideritai). Namun begitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan. Dalam hukum sinergi perlu dimasukan herba ubatan seperti dibawah:-

1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.

2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan,usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul pelawas,teh asiatika atau teh herba.

3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.

4. Omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda

5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.

Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti diatas.InsyaAllah berkesan. Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung(habatussauda’)dan herba untuk ginjal/buah pinggang (malac). Inilah keinstimewaan perubatan jawi InsyaAllah.Amin.


TAMBAHAN DARI HERBALIS JAWI

Kaedah sinergi di atas perlu diketahui oleh semua herbalis kerana perawatan yang tepat pasti akan menyembuhkan. Keistimewaan herba HPA yang diperkenalkan melalui Perubatan Jawi adalah sebagai synergistic herb yang bertujuan untuk :

 menambahkan potensi herba

mengurangi kekerasan herba

mempercepatkan keberkesanan herba

menghilangkan kesan sampingan

Kaedah ini mengingatkan kita kepada satu kaedah yang diajar dalam Perubatan Jawi dimana jika lalat hinggap didalam minuman anda,maka celupkan badannya ke dalam minuman nescaya hilanglah racunnya, kerana pada satu sayap lalat terdapat racun dan sebelah sayap lagi mengandungi penawar. Sungguh sempurna ciptaan ALLAH.



Formula mudah untuk anda ikuti di dalam kaedah synergistic herb ini adalah seperti berikut:

HERBA UTAMA + VITAMIN C + NUTRISI + SUMBER IKAN + COLON CLEANSING + DEEP SLEEPING + RIADAH


CONTOHNYA :

VITEX + ROSSELLE + MADU + OMEGA 3+ TEH HERBA + MENGKUDU + RIADAH = SIHAT DENGAN IZIN ALLAH



Sinergi ini sangat mudah diikuti,walaupun anda baru mengenali herba, kombinasi formula di atas pasti dapat membantu anda dalam mengkonsumsi herba. Perubahan pada badan anda akan dapat anda rasai dengan mengikut formula di atas. Kini, mengambil herba bukanlah sesuatu yang rumit untuk anda. Ingat formula ini,pasti anda sudah boleh jadi perawat yang baik walau di mana anda berada.

Monday, July 26, 2010

Kaedah Minum Kopi Radix



Selalunya kita minum kopi ikut sedap mulut saja. Tapi sebenarnya meminum kopi Radix ada cara (untuk memaksimumkan khasiatnya, insya'allah).


1. Mula-mula tuang serbuk kopi Radix ke dalam mug/cawan. Tujuan - Tak tuang, macamana nak bancuh! :)

2. Campurkan dengan sedikit air sejuk (suhu biasa). Tujuan - mengelakkan vitamin C terurai bila dicampur air panas nanti.

3. Tuang air panas mendidih. Tujuan - membolehkan dinding selulos akar herba terurai, memudahkan pati akar diserap oleh usus.

4. Kacau dengan menggunakan sudu plastik (atau kayu!) Elakkan penggunaan sudu besi. Tujuan - mengelakkan zat besi hilang.

5. Biarkan beberapa minit (atau hingga sejuk). Tujuan - memberi masa untuk pati akar meresap keluar dari akar.

6. Selepas minum, serbuk yang tinggal dicampur dengan air sejuk (suhu biasa), dan minum semuanya. Tujuan - elak membazir kopi dan herba yang tinggal, selain memastikan air badan mencukupi selepas minum herba.

Sekian, mai secawan!

Thursday, July 15, 2010

Wednesday, July 14, 2010

RFC diperluas ke seluruh negara

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my




RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR - HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

"Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

Sunday, July 4, 2010

Kempen Boikot Barang - barang Israel


Salam,
Kita semua berasa sangat sedih dan dukacita beberapa hari ini diatas kekejaman & kezaliman Zionis Yahudi laknatallah yang telah membunuh berpuluh anggota & puluhan lagi dicederakan semata-mata kerana dasarBantuan Kemanusiaan bagi menghantar ubatan, makanan, peralatan binaan untuk penduduk Palestin yang telah azab sekian lama terputus dengan dunia luar, hidup dalam keadaan dhaif disiksa zahir dan bathin setiap hari.......manusiakah mereka ini yang mempunyai hati saperti haiwan ganastanpa ada pertimbangan.............sesuatu mesti dilakukan tidak memadai kita hanya berdoa dan berharap sahaja......

Tindakan paling pantas yang boleh memberi tamparan hebat kepada Zionis Israil ialah dengan JIHAD EKONOMI....umat Islam didunia merupakan pengguna terbesar produk Yahudi ......sudah sampai masanya kita semua menolak secara total dan selama-lamanya produk mereka........sudah pasti ekonomi mereka akan jatuh malahan akan runtuh!!!!!

Rasulallah SAW berjuang sehingga kesaat akhir hayat baginda menegakan Agama Islam, kita hanya perlu berjuang menegakkan ekonomi Islam dengan produk-produk halal & thoyyibah.........HPA....Harapan Paling Akhir.....

PRODUK-PRODUK YAHUDI YANG PERLU KITA JAUHI........tidak rasa bersalahkah kita bila Allah SWT akan bertanya akan tanggongjawab kita sesama Islam....kita perlu melindungi sesama Islam dan bukan membiarkan sesama Islam dihancurkan oleh Yahudi Laknatallah ...................................






TUKARLAH PRODUK-PRODUK YAHUDI/USA YANG SELAMA INI KITA GUNA/MAKAN KEPADA PRODUK HPA....................


Thursday, July 1, 2010

Ayam Organik HPA

Banyak persoalan yang timbul mengenai hukum jika memberi ayam dengan makanan seperti Habbatussauda' dan herba-herba yang lain? Adakah HPA memasang ayat Al-Quran bagi ternakannya? Dan ada juga isu yang timbul mengenai persaingan siapakah paling as-Sunnah dalam penternakan ayamnya? Bagi menjawab segala pertikaian yang timbul tersebut, pihak Panel Syariah HPA perlu menjelaskannya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak Panel Syariah untuk dikongsikan bersama.



PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA



Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan habbatus-sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati habbatus-sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan.



Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya. Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi SAW. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘asal (madu) dan habbatus-sauda’.



Adapun memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran di reban ayam, HPA tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.

Wallahu a’lam.


sumber :http://hpabangi.blogspot.com/