Banyak persoalan yang timbul mengenai hukum jika memberi ayam dengan makanan seperti Habbatussauda' dan herba-herba yang lain? Adakah HPA memasang ayat Al-Quran bagi ternakannya? Dan ada juga isu yang timbul mengenai persaingan siapakah paling as-Sunnah dalam penternakan ayamnya? Bagi menjawab segala pertikaian yang timbul tersebut, pihak Panel Syariah HPA perlu menjelaskannya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak Panel Syariah untuk dikongsikan bersama.
PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA

Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya. Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi SAW. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘asal (madu) dan habbatus-sauda’.
Adapun memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran di reban ayam, HPA tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.
Wallahu a’lam.
sumber :http://hpabangi.blogspot.com/
2 comments:
ko ahli hpa ke??
yap. nak join ke? boleh jer. HPA ni jual banyak barang2 keperluan harian. Boikot barang keluaran Israil
Post a Comment