Wednesday, November 18, 2009

Hari Raya Aidiladha 27 November 2009

KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009,” katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini semalam. - Bernama

No comments: