Thursday, December 1, 2011

10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli



Cara yang bijak untuk berjimat ialah dengan mengelakkan pembaziran. Fikir dahulu sebelum beli adalah ungkapan yang paling sesuai jika anda mahu jimat wang atau mengelakkan dari pembaziran wang. Anda sebenarnya tidak perlu lakukan sesuatu yang besar atau hebat untuk berjimat. Apa yang diperlukan adalah sedikit kesedaran dan perubahan yang akan memberi kesan positif kepada aliran wang tunai anda.



Jimat Wang dengan menabung

Berikut adalah 10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli.


1. Air mineral di dalam botol – Sekarang harga air mineral adalah mahal. Lebih baik anda masak di rumah berbanding membelanjakan RM 3 hingga RM 5 sehari untuk membeli air mineral.


2. Minuman dalam tin – Minuman yang terang – terang mengandungi gula yang berlebihan ini lebih baik anda tidak beli. Jangan tertipu dengan khasiat yang terdapat di dalamnya.


3. Makanan di luar – makan di luar seperti restoran adalah perbuatan membazir. Sekali sekala bolehlah, jika selalu, anda memang hanya membazir wang sahaja. Ini kerana penyediaan makanan di rumah jauh lebih murah berbanding anda membeli makanan di luar.


4. Membeli barang berjenama yang mahal – mahal – Pengaruh iklan di televisyen dan media telah menyebabkan kita ingin untuk membeli barangan atau produk tertentu yang berjenama semata-mata untuk mengikut fesyen atau trend terkini. Jangan beli barang berjenama melainkan anda memang benar – benar ada wang untuk berbuat demikian. Membeli barang berjenama yang mahal ketika anda tiada duit adalah perbuatan yang membazir.


5. Tidak tutup suiz elektrik – Jika tidak gunakan lampu, tutup suiz lampu. Jika tidak tengok televisyen, tutup suiz televisyen termasuklah suiz astro jika tidak di gunakan. Jangan biarkan alat elektrik berada dalam keadaan standby kerana selagi meter berjalan, anda tetap kena bayar bil.


6. Berjudi dan skim cepat kaya – Jangan sekali-kali anda tertipu dengan janji-janji manis dan pulangan yang melampau oleh sesiapa pun. Jangan laburkan wang untuk berjudi atau skim cepat kaya kerana perbuatan ini akan menghilangkan wang anda sahaja. Tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan berusaha.


7. Menonton movie di wayang – Pastikan sebelum anda pergi menonton wayang, anda menonton movie yang berbaloi untuk di bayar. RM 10 bukanlah murah dan jika movie yang anda tonton adalah tidak bermutu, membazir sahaja wang. Paling bagus, tak payah tengok terus. Boleh jimat duit dan kurangkan dosa.


8. Surat khabar – Tidak perlu bazirkan wang RM 1 sehari sedangkan anda boleh baca sahaja berita di online. Manfaat surat khabar versi online secara percuma.


9. Berhutang tanpa ada tujuan – Sekarang ni bank agak mudah untuk memberikan pinjaman peribadi. Kenapa? Kerana itulah cara bank menjana keuntungan. Jangan buat pinjaman peribadi jika anda tidak perlu. Kadangkala, ada juga orang yang buat pinjaman peribadi hanya untuk rasa hidup mewah. Jangan buat hutang jika keadaan tidak memaksa. Ini hanya akan merugikan wang anda untuk membayar hutang di tambah faedah lagi.


10. Melanggan televisyen berbayar – Jika anda hanya menonton televisyen seminggu sekali, jangan langgan siaran berbayar kerana ia perbuatan membazir sahaja. Mungkin lebih perlu jika anda hidup berkeluarga. Namun, jika anda melanggan, pastikan anda melanggan siaran yang anda tengok sahaja. Saya sendiri tidak pernah melanggan ASTRO.


Semoga 10 tips ini dapat membantu anda menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran wang.

Sumber : http://mursyidi.com/blog/10-perkara-yang-bakal-membazirkan-wang-jika-anda-beli/

Thursday, June 16, 2011

Rahsia Nama PEPSI Kini Terbongkar ?

PEPSI sebenarnya adalah ringkasan dari “Pay Every Penny to Save Israel” ertinya seperti demikian :


“Sumbangkan setiap penny untuk menyelamatkan Israel.”

Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan),

E untuk “Every” (Setiap).

Huruf ketiga untuk “Penny”.

Penny adalah koin kecil yang anda terima dan anda tak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya.

Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”.


Dengan kata lain, berikan setiap koin kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel.

Mereka tak ingin wang anda – mereka hanya ingin koin pecahan kecil, penny anda.

dalam ekonomi Amerika, penny adalah se per seribu dolar.

Nilainya adalah sangat kecil sekali.

Mereka mengatakan,

“Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukankan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda boleh membeli minuman ini.”

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”.

Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

Saya tak akan menghalang anda membeli Pepsi atau Coca Cola tapi
Anda boleh lihat sendiri. Anda Muslim.
Buat semua sahabat-sahabat, seandainya merasakan hal ini benar..
gunakan Iman di dada sendiri untuk menilai apakah perlu kita menyumbang untuk kumpulan yang menyembelih saudara Islam kita

Wednesday, June 15, 2011

Solat Sunat Duha

Ruang waktu dan waktu afdal


Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



 
sumber: nursyirah.wordpress.com