Thursday, December 1, 2011

10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli



Cara yang bijak untuk berjimat ialah dengan mengelakkan pembaziran. Fikir dahulu sebelum beli adalah ungkapan yang paling sesuai jika anda mahu jimat wang atau mengelakkan dari pembaziran wang. Anda sebenarnya tidak perlu lakukan sesuatu yang besar atau hebat untuk berjimat. Apa yang diperlukan adalah sedikit kesedaran dan perubahan yang akan memberi kesan positif kepada aliran wang tunai anda.



Jimat Wang dengan menabung

Berikut adalah 10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli.


1. Air mineral di dalam botol – Sekarang harga air mineral adalah mahal. Lebih baik anda masak di rumah berbanding membelanjakan RM 3 hingga RM 5 sehari untuk membeli air mineral.


2. Minuman dalam tin – Minuman yang terang – terang mengandungi gula yang berlebihan ini lebih baik anda tidak beli. Jangan tertipu dengan khasiat yang terdapat di dalamnya.


3. Makanan di luar – makan di luar seperti restoran adalah perbuatan membazir. Sekali sekala bolehlah, jika selalu, anda memang hanya membazir wang sahaja. Ini kerana penyediaan makanan di rumah jauh lebih murah berbanding anda membeli makanan di luar.


4. Membeli barang berjenama yang mahal – mahal – Pengaruh iklan di televisyen dan media telah menyebabkan kita ingin untuk membeli barangan atau produk tertentu yang berjenama semata-mata untuk mengikut fesyen atau trend terkini. Jangan beli barang berjenama melainkan anda memang benar – benar ada wang untuk berbuat demikian. Membeli barang berjenama yang mahal ketika anda tiada duit adalah perbuatan yang membazir.


5. Tidak tutup suiz elektrik – Jika tidak gunakan lampu, tutup suiz lampu. Jika tidak tengok televisyen, tutup suiz televisyen termasuklah suiz astro jika tidak di gunakan. Jangan biarkan alat elektrik berada dalam keadaan standby kerana selagi meter berjalan, anda tetap kena bayar bil.


6. Berjudi dan skim cepat kaya – Jangan sekali-kali anda tertipu dengan janji-janji manis dan pulangan yang melampau oleh sesiapa pun. Jangan laburkan wang untuk berjudi atau skim cepat kaya kerana perbuatan ini akan menghilangkan wang anda sahaja. Tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan berusaha.


7. Menonton movie di wayang – Pastikan sebelum anda pergi menonton wayang, anda menonton movie yang berbaloi untuk di bayar. RM 10 bukanlah murah dan jika movie yang anda tonton adalah tidak bermutu, membazir sahaja wang. Paling bagus, tak payah tengok terus. Boleh jimat duit dan kurangkan dosa.


8. Surat khabar – Tidak perlu bazirkan wang RM 1 sehari sedangkan anda boleh baca sahaja berita di online. Manfaat surat khabar versi online secara percuma.


9. Berhutang tanpa ada tujuan – Sekarang ni bank agak mudah untuk memberikan pinjaman peribadi. Kenapa? Kerana itulah cara bank menjana keuntungan. Jangan buat pinjaman peribadi jika anda tidak perlu. Kadangkala, ada juga orang yang buat pinjaman peribadi hanya untuk rasa hidup mewah. Jangan buat hutang jika keadaan tidak memaksa. Ini hanya akan merugikan wang anda untuk membayar hutang di tambah faedah lagi.


10. Melanggan televisyen berbayar – Jika anda hanya menonton televisyen seminggu sekali, jangan langgan siaran berbayar kerana ia perbuatan membazir sahaja. Mungkin lebih perlu jika anda hidup berkeluarga. Namun, jika anda melanggan, pastikan anda melanggan siaran yang anda tengok sahaja. Saya sendiri tidak pernah melanggan ASTRO.


Semoga 10 tips ini dapat membantu anda menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran wang.

Sumber : http://mursyidi.com/blog/10-perkara-yang-bakal-membazirkan-wang-jika-anda-beli/

No comments: