Tuesday, January 26, 2010

Cerita Pak Pandir

Lama betul tak update blog ni. Sekarang ni dah start sibuk. Kerja pun dah mula melambak2 sampai. Tengah2 buat kerja tu ada la terbaca email dr kawan kita ni pasal Pak Pandir. Cerita dia best jugak. Aku post kat sini utk di kongsi.



Cerita Pak Pandir


Dari seorang teman...

Pak Pandir Stories 2
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

============ ========= ========= ====

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.
"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."


============ ========= ========= ====


Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?

Penjual : Ada.

Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......


============ ========= ========= ===


Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...


============ ========= ========= ===

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.

Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..


============ ========= ========= ===
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..

Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun

Kerani : Di faks ini ada setem......



============ ========= ========= ====


pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.

alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...

pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.

pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....

============ ========= ========= ===
pak pandir: mak andih.. oo mak andih..

mak andih : ya bang.. awat nya?

pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt

dapoq tu..

mak andih : pisang tak masak lagi bang..

pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?

mak andih : ????

============ ========= ========= ===
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

============ ========= ========= ==

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...

"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"



============ ========= ========= ===

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:

"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:

"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:

"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan). .."



============ ========= ========= ====



Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."


============ ========= ========= ===


Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...

"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..



SEKIAN...

Monday, December 7, 2009

JPJ tawar diskaun kompaun hingga 30 peratus

BAHAU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 30 peratus kepada pesalah lalu lintas sekiranya mereka membayarnya dalam tempoh kurang dari 15 hari saman dikeluarkan.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Rohaizah Mohamad Rashid berkata diskaun ini sudah dikuatkuasakan sejak dua minggu lalu.

“Jika pesalah membayar saman dalam tempoh satu hingga 15 hari saman dikeluarkan, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 30 peratus daripada jumlah saman. Manakala selepas tempoh 16 sehingga 30 hari pula, potongan sebanyak 15 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti dan Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun katanya, selepas 30 hari saman dikeluarkan, pesalah trafik perlu membayar saman pada kadar penuh.

Katanya, pesalah boleh melakukan bayaran tersebut melalui Internet.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah JPJ negeri, Mohd Kamal Saad.

Pada majlis itu, seramai 372 orang di Felda berkenaan serta kawasan sekitarnya, menerima lesen kelas B2 iaitu untuk penunggang motosikal.- Bernama

Sumber Harian Metro.


Ni pendapat aku la. Bagus jugak buat cam ni. 30% banyak tu. So, lepas ni kena la rajin2 semak saman online. Mana lah tahu tup2 ada ada pulak saman JPJ ni. Bila pulak Polis Trafik nak buat cam ni?

Tuesday, December 1, 2009

Susana Pagi Hari Raya Aidiladha



Nak makan pun sempat tangkap gambar lagi. Ni sebelum pegi solat raya tau. Kena la makan dulu. Nanti lapar pulak kat masjid tu. Aik... si kecil tu menyelit nak bergambar jugak.



Selera betul Arip ni makan.




Apa yg diaorang tu makan tu, sampaikan tak sedar ada orang kat belakang.



Haaa... ni dia nasik ambang. Kalu silap tolong betulkan. Maklum lah First time makan nasik ni



Nasik ambang ni campuran Nasik putih, bihun dan mee goreng.





















Gelat arip yg mencuit hati di pagi raya. Geramnya......


Tuesday, November 24, 2009

Cik Eka sepetang bersama Arip



Sungguh bergaya Arip naik motor, naik motor dgn sapa tu. Oooooo... dengan cik eka ker?




Sukanya Arip naik motor.



Laju sungguh cik eka bawak motor. Hati2 ya Cik Eka Arip takut ni...

Monday, November 23, 2009

Kecualikan Pinjaman Perumahan bagi petugas sakit - CUEPACS

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan dapat mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang sakit sewaktu dalam perkhidmatan.

Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, pada masa ini hanya mereka yang membuat pinjaman selepas 1 Ogos 1995 tidak perlu membayar baki pinjaman sekiranya mereka tidak dapat berkhidmat kerana sakit.

Tetapi bagi petugas yang membuat pinjaman sebelum tarikh berkenaan terpaksa meneruskan bayaran pinjaman kerana polisi insurans mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran tetapi bukan hilang upaya kekal.

"Ini bermakna penjawat awam tidak perlu menjelaskan baki pinjaman sekiranya mereka meninggal dunia atau rumah mereka terbakar tetapi bukan sekiranya mereka hilang upaya untuk bekerja kerana sakit," katanya.

Faktor itu menyebabkan kira-kira 50,000 petugas awam dipercayai kini menghadapi keadaan sukar.

CUEPACS berharap Pekeliling Perbendaharaan 6/95 dipinda bagi membolehkan semua penjawat awam yang mengambil pinjaman perumahan dilindungi sekiranya mereka hilang upaya kekal tanpa tempoh matang, kata Ahmad Shah.

Sumber daripada industri insurans berkata, adalah mudah bagi kerajaan untuk mengatasi masalah itu dengan hanya memeterai kontrak tambahan dengan syarikat insurans bagi memasukkan peruntukan liputan tambahan.

Namun persoalannya siapakah yang harus menanggung kos premium tambahan, kerajaan atau penjawat awam? - BERNAMA


Ni berita aku baca tadi. Aku ucapkan tahniah kpd CUEPACS, kerana amat2 perihatin kepada nasib kakitangan awam. Apa pandangan anda???